Kerana Terlalu Menyintaimu Lyrics & Tabs by Liza Hanim
Kerana Terlalu Menyintaimu
guitar chords lyrics
Sedih sekeping hati yang luka
derita menahan rasa
lara jiwa hati merana
bila berakhir segalanya
tak sanggup lagi daku
menanggung sengsara kerna
terlalu menyintaimu
Sayu bila aku mengenangkan
saat belum kau lafazkan
indah kata-katamu
seindah senyum di bibir
namun setelah ikatan dipadukan
aku bagai di jalanan
hinanya diriku ini
bencimu tiada terperi
aku bagai di jalanan
hinanya diriku ini
bencimu tiada terperi
(korus)
tuhan kuizinkan aku
memohon kepadamu
akhirilah percintaan
bebaskanlah segala derita
mencengkam diri
Biarkan aku sendiri mencari oh... nilaian
untuk ku bebaskan diriku darimu
inai di jariku sepurnama
namun penderitaan yang kurasa
seabad lamanya telah kutempuh
tika bersamamu
Pilu kamus cinta kan berakhir
menutup kisah nan pedih
biar pergi luka yang lama
kusimpan di hati...
syukur...
syukurku pada yang maha esa
terlepaslah segalanya
kesengsaraan diri ku
kerana terlalu menyintaimu